Esaale Sawaab:
Leave A Legacy for a Beloved


“Esaale Sawaab” or “Isaal-uth-thawaab” means to transfer or dedicate the thawaab /reward of particular good actions or charitable deeds to another person - living or deceased.

The Noble Prophet (s.a.w.) said:
“When a person dies, all his/her acts come to an end, but three: sadaqah jariyyah (waqf , recurring or ongoing charity), beneficial knowledge, or a pious child (son or daughter) who prays for the deceased.” (Musnad Ahmad)

For centuries, Muslims – men and women – rich and poor - gave gifts and made bequests of charity in Allahs way in memories of their beloved - an act loved and exalted by Allah (swt). Seri Al Huda now gives you the opportunity to confer esaale sawaab to a beloved through a waqf – a permanent legacy and charitable gift solely for the pleasure of Allah - as part of your personal social responsibility investment. The thawaab/reward may be dedicated to parents, brothers, sisters, husband/wife, friend/s or for any beloved deceased, the Noble Prophet Muhammad (s), a leader, sahaba (r) etc. The waqf is a fountain of thawaab al jariyah (continuous/ perpetual reward.) for the giver and/or the beneficiary of the esaale sawaab. It is indeed a noble charitable act and goodness of heart and has tremendous spiritual benefits.

Monday, November 26, 2007

Sekolah lestari – anugerah alam sekitar

Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar adalah suatu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara. Dasar Alam Sekitar Negara mempunyai lapan prinsip dan tujuh strategi hijau. Strategi Hijau pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan prinsip-prinsip Pembangunan Mampan dalam Agenda 21, RIO.

Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup yang mesra alam pada masa akan datang. Satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar adalah melalui institusi pendidikan terutamanya sekolah.

Dalam usaha pembentukan sekolah mesra alam yang layak bergelar Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar, tumpuan perlu diberi kepada empat komponen berikut:
􀂄 Pengurusan
􀂄 Kurikulum
􀂄 Kokurikulum
􀂄 Penghijauan

KONSEP SEKOLAH LESTARI – ANUGERAH ALAM SEKITAR
Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan. Konsep ini juga menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan di sekolah. Sekolah Lestari adalah payung pelbagai aktiviti alam sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan. Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan yang lestari.

DEFINISI SEKOLAH LESTARI – ANUGERAH ALAM SEKITAR
Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.

Definisi Pendidikan Alam Sekitar ialah:

“pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar”.


sumber ...

Saturday, November 24, 2007

Lelong Amal




Chinese Muslim Calligraphy
Wall Hanging 33 cm x 68 cm (unframed)
Personal delivery within Klang Valley Areas
Price: Highest bidder
Timeframe: Before 15 December, 07
How to bid: email shahrankasim@yahoo.com
Proceeds will go to Tabung Pembangunan Seri Al Huda
SOLD FOR RM100.00

Sekolah Komuniti : Definisi dan Matlamat

Definisi: Sekolah Komuniti adalah sekolah di mana pendidikan disusun untuk memenuhi keperluan anggota-anggota komuniti dari berbagai peringkat umur. Semua kepakaran, kemudahan dan infrastruktur yang terdapat di sekolah dan dalam komuniti disalurkan menerusi sekolah untuk memberikan latihan intelektual dan rohaniah yang berkaitan. Dari latihan itu diharapkan berlaku transformasi diri insan sebagai individu dan sebagai anggota keluarga dan komuniti.

Matlamat: Menjadi pusat gerakan pendidikan yang dapat melaksanakan program mobilisasi, latihan , khidmat bimbingan dan rundingcara dan penyelidikan utnuk melahirkan komuniti yang berilmu dan beradab, berketrampilan dan bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan dan kemakmuran komuniti dan negara.

Matlamat ini boleh dicapai melalui objektif berikut :

* Meningkatkan dan mengukuhkan kesedaran, keinsafan dan keyakinan anggota komuniti terhadap penghayatan dan perlaksanaan amanah dan tanggungjawab dalam pembangunan diri, keluarga, organisasi dan negara.

* Meningkatkan dan mengukuhkan kesedaran, keinsafan dan keyakinan anggota komuniti terhadap keutamaan tamadun ilmu dalam usaha mengembalikan maruah, martabat dan kegemilangan peradaban bangsa.

* Membina dan mempertajamkan kemahiran kejurulatihan dan kepemimpinan serta kemahiran (functional) dalam usaha menggerakkan dan mengarahkan perubahan atas landasan dan gerak-tuju yang tepat.

* Meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap kesinambungan sejarah umat dalam usaha membangunkan kekuatan dan penyuburan potensinya.

Program Pendidikan Komuniti : Definisi dan Falsafah

Definisi: Program Pendidikan Komuniti adalah satu gerakan menyatukan sumber komuniti dan sekolah untuk memenuhi keperluan dan kebaikan bersama. Ianya bertujuan untuk mewujudkan satu suasana dan sekitaran belajar yang sempurna, di mana sekolah, keluarga dan komuniti bersama-sama berusaha bukan sahaja untuk kebaikan pelajar, tetapi juga untuk kesejahteraan anggota komuniti keseluruhannya.

Falsafah: Program Pendidikan Komuniti adalah satu program pendidikan yang disusun dan digerakkan untuk membangunkan, memupuk dan menyuburkan seluruh potensi keinsanan - Rohaniah (roh, nafs, qalb dan aql) dan jasmaniah, sehingga potensi itu dapat membina kemampuan kendiri untuk terus subur dan berkembang, mampu pula menghadapi segala kemungkinan lingkungan, suasana dan persekitaran, sehingga insan yang sedemikian sentiasa berusaha membangun diri, keluarga, organisasi dan negara dalam batasan wilayah dan kemampuan masing-masing.

Thursday, November 22, 2007

Apa itu wakaf

Wakaf di dalam bahasa Arab ialah penahanan. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, wakaf ialah penahanan pokok harta yang dimiliki oleh pewakaf dan menyumbangkan manfaatnya (hasilnya) untuk orang miskin atau untuk tujuan kebajikan.

Penahanan itu, tidak bermakna hilang hak milik pewakaf ke atas harta tersebut. Pewakaf masih mempunyai hak ke atasnya dan boleh menarik balik penahanannya atau menjual harta itu, sebagaimana harta-hartanya yang lain.

Bagaimanapun, apabila seseorang telah mewakafkan hartanya untuk tujuan-tujuan yang diakui syarak, ia terikat kepada ketentuan yang dibuatnya dan tidak boleh menarik kembali keputusannya itu, atau ditarik kembali wakaf yang dilakukan itu atau dijual dan sebagainya, dengan sebab dua perkara:


  • Pertama: Apabila hakim telah memutuskan bahawa wakafnya itu terikat atau tertakluk kepada tujuan-tujuan yang ditentukannya.
  • Kedua: Apabila wakaf itu dibuat dengan jalan wasiat.
Jika hakim membuat keputusan bahawa harta yang diwakaf itu tidak terikat kepada tujuan yang ditetapkan atau tidak terikat dengan wasiat pewakaf, maka pewakaf atau warisnya berhak menarik balik wakaf atau menjualnya. Menurut aliran perundangan Al-Shafiyyah, wakaf ialah penahanan sesuatu harta yang boleh dimanfaatkan dan digunakan penghasilannya untuk tujuan-tujuan penggunaan yang harus, tanpa menghabiskan pokok harta itu atau ainnya. Menurut aliran perundangan ini, apabila seseorang mewakafkan sesuatu harta atau barangan, bererti ia telah melarang dirinya membuat sesuka hatinya ke atas harta atau barangan itu untuk faedah dirinya sendiri seperti menjual, menghadiahkan, menggadai dan lain-lain hak yang dimilikinya sebelum harta atau barangan itu diwakafkan. Sebabnya, harta atau barangan itu telah menjadi hak milik Allah dan tidak lagi menjadi hak miliknya, dan tidak juga menjadi hak milik orang yang diwakafkan untuknya. Yang menjadi hak orang diwakaf untuknya, hanya mengambil manfaat atau hasilnya sahaja. Ada pun pokok harta atau ain barangan itu, tidak menjadi milik pewakaf atau orang yang diwakaf untuknya.

Petikan tulisan Datuk Mohd Nakhaei Ahmad, YDP YADIM