Esaale Sawaab:
Leave A Legacy for a Beloved


“Esaale Sawaab” or “Isaal-uth-thawaab” means to transfer or dedicate the thawaab /reward of particular good actions or charitable deeds to another person - living or deceased.

The Noble Prophet (s.a.w.) said:
“When a person dies, all his/her acts come to an end, but three: sadaqah jariyyah (waqf , recurring or ongoing charity), beneficial knowledge, or a pious child (son or daughter) who prays for the deceased.” (Musnad Ahmad)

For centuries, Muslims – men and women – rich and poor - gave gifts and made bequests of charity in Allahs way in memories of their beloved - an act loved and exalted by Allah (swt). Seri Al Huda now gives you the opportunity to confer esaale sawaab to a beloved through a waqf – a permanent legacy and charitable gift solely for the pleasure of Allah - as part of your personal social responsibility investment. The thawaab/reward may be dedicated to parents, brothers, sisters, husband/wife, friend/s or for any beloved deceased, the Noble Prophet Muhammad (s), a leader, sahaba (r) etc. The waqf is a fountain of thawaab al jariyah (continuous/ perpetual reward.) for the giver and/or the beneficiary of the esaale sawaab. It is indeed a noble charitable act and goodness of heart and has tremendous spiritual benefits.

Sunday, September 14, 2008

Rayuan Dana Ramadhan

Y.Bhg Tuan/Puan,

Assalamu alaikum wrh wbt.,

RAYUAN DANA RAMADHAN
TABUNG PEMBANGUNAN SERI AL HUDA

Dikesempatan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, kami ingin mengucapkan selamat berpuasa dan semoga Allah swt mengurniakan kesihatan dan kelapangan kepada Y.Bhg dan keluarga untuk menjalankan ibadah puasa dengan sempurna, insya Allah.

Justeru, bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini di mana Rasulullah saw. mengatakan "Sebaik-baiknya sedekah yaitu sedekah di bulan Ramadhan" (HR Al-Baihaqi, Alkhotib dan At-Turmudzi), kami dengan hormatnya ingin merayu sumbangan kewangan dari Y.Bhg untuk menjayakan cita-cita membangunkan kompleks ini. Sumbangan boleh dilakukan melalui wakaf lantai, wakaf buku, zakat pendapatan/perniagaan dan juga sumbangan tunai. Kami juga berharap Y.Bhg dapat membantu menjalankan kutipan secara berkelompok dikalangan teman-teman sepejabat dan ahli keluarga serta kenalan terdekat. Sila layari http://www.seri-alhuda.blospot.com untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini.

Akhirnya, kami mendoakan semoga Allah swt membalas sumbangan dan kerjasama Y.Bhg dengan pembalasan yang lebih baik di dunia dan juga di akhirat nanti. Sekian, terima kasih.

Wassalamu alaikum.

DR. AMRAN MUHAMMAD - Pengerusi, Lembaga Pengelola
PUAN SURAYAH SARIN - Guru Besar

SANA-SINI SERI AL HUDA

Majlis Ihtifal Kebangsaan Akademik (MIKA) ke-8.
Di Kampus Kejuruteraan, USM Pulau Pinang.

Sekalung tahniah dan penghargaan buat peserta Al Huda di atas prestasi cemerlang sempena MIKA ke-8. Dengan kekuatan kontinjen seramai 68 orang peserta dan 17 orang guru pengiring, Al Huda telah meraih tempat ke-3 keseluruhan daripada 11 sekolah yang mengambil bahagian. Pihak sekolah telah memenangi sebanyak 20 daripada 38 kategori yang dipertandingkan. Acara yang merangkul juara ialah Bercerita Tahap 1 (Lelaki), Imlak (Lelaki & Perempuan), Deklamasi Sajak (Perempuan) dan Menulis Khat (Lelaki & Perempuan).

Karnival Amal Hari Usahawan (KAHU) 2008
Oleh : Setiausaha Program


6 Julai 2008 – Sekolah SERI AL Huda telah menganjurkan KAHU 2008 kali ke-12 dengan jayanya. Program ini merupakan program tahunan bertujuan melatih dan memberi peluang kepada murid menimba pengalaman sebagai usahawan. Selain itu, program ini juga dilihat mampu memberi impak positif kepada murid iaitu dengan menyemai sikap jujur dan amanah dalam berurus niaga.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang diadakan sepanjang karnival berlangsung seperti pemeriksaan kesihatan oleh Kampung Baru Medical Centre (KBMC), Eksplorasi Alam Misteri, wayang gambar, pelbagai gerai jualan yang diusahakan secara bersama oleh guru dan murid. Beberapa pertandingan diadakan untuk menarik perhatian ramai seperti pertandingan nasyid dan pertandingan gubahan tuala. Pihak sekolah berbesar hati apabila mendapat kerjasama daripada anggota nasyid kumpulan Saujana dan saudara Suhaimi (bekas anggota kumpulan Inteam) kerana sudi menjadi hakim pertandingan nasyid dan membuat persembahan istimewa selesai acara pertandingan nasyid. Johan bagi acara pertandingan nasyid ini ialah Sekolah Rendah Islam Al Amin, Gombak.

Pada kali ini, sekolah telah menjual set kupon bernilai RM 3, RM 5 dan RM 12 sebagai ganti wang tunai. Kemuncak KAHU 2008 ialah penyampaian hadiah kepada pengunjung bertuah yang telah membeli set kupon bernilai RM 12, dipilih berdasarkan cabutan bertuah. Pelbagai hadiah berupa hamper dan barangan elektrik disediakan bagi menghargai komitmen para ibu bapa yang menyokong program seumpama ini. Pemenang hadiah utama iaitu adik Nur Hanis Zulaikha bt Hambali telah berjaya membawa pulang basikal yang bernilai hampir RM 300 sumbangan Koperasi SRI Al Huda Berhad.

Pada acara penutup, telah diumumkan pemenang gerai terbaik yang dinilai berdasarkan kreativiti, kerjasama dan kebersihan. Gerai terbaik bagi tahap 1 telah dimenangi gerai kelas tahun 1 Al Biruni dan Al Razzi yang menjual pelbagai jenis air minuman. Sementara itu, gerai terbaik tahap 2 dimenangi gerai 6 Ibnu Firnas yang menjual burger. Pihak sekolah megucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang sempena karnival amal ini seperti Badan keluarga Al Huda ( BAKA ), Ilmiah SBL Sdn. Bhd, Mutiara Frozen Food, Kainkraf Industries dan kepada para dermawan. Semoga segala sumbangan di terima sebagai ibadah di sisiNya. Amin.


Pelancaran Kelab Membaca Kebangsaan
Oleh : Penyelaras PSS


2 Julai 2008 –50 orang murid SERI Al Huda terdiri daripada pustakawan dan pemenang program NILAM berserta 3 orang guru pengiring berkesempatan menghadiri majlis Pelancaran Kelab Membaca Kebangsaan dan perasmian Festival Membaca 2008 yang telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC ), Kuala Lumpur.

Ini merupakan jemputan daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi memberi pendedahan kepada murid sekolah agar menyertai pelbagai aktiviti menarik berunsur ilmiah dan pembelajaran. Majlis yang dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah itu bertujuan memberi kesedaran kepada para ibu bapa serta keluarga dalam memupuk minat membaca di peringkat awal usia dalam melahirkan masyarakat berbudaya membaca.

Antara aktiviti yang disertai murid ialah membina kata dan mencari perkataan tersembunyi anjuran Kelab Pintar Jawi, laman cerdik kreatif, bermain dengan I-play Toy Library dan juga menyaksikan demonstrasi pembelajaran matematik oleh Adik Adi Putra. Selain menyertai aktiviti berunsur ilmiah, murid juga mendapat pendedahan mengenai dunia sesawang, sudut bacaan keluarga, minda pintar dan menjadi ahli perpustakaan negara secara percuma.

Bersempena dengan pelancaran kelab membaca kebangsaan ini, murid sekolah diberi peluang menjadi ahli kelab Membaca Sinar Pintar. Antara faedah yang bakal dinikmati ialah berpeluang menyertai pertandingan membaca yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti choral speaking, pertandingan mengeja, kuiz dan sebagainya. Kesempatan ini merupakan pendedahan terbaik kepada para murid bagi menyuburkan minat kepada aktiviti berunsur ilmiah dan mencintai pengetahuan.

Tuesday, January 1, 2008

Fundraising Dinner and Talk

Our beloved Prof. Dr. Omar Kasule will be with us on our first fundraising dinner and talk on Friday, January 11, 8:00PM at Ibn Taimiyyah Conference Room, Kuliyyah of Economics and Management, IIUM, Gombak. He will be talking on 'Raising Future Global Leaders: Guidelines for Parents and Schools.'Well, it is our dream that one day graduates of Seri Al Huda will be the UN or OIC Secretary General.

Donation will be RM20 per person. Please reserve your seat before Jan 10.



ABSTRACT
Successful child upbringing is following closely the teachings of the prophet on the ‘aqidat, physical, moral, intellectual, and social development of children. Children brought up that way will be outstanding leaders in every field of endeavor. The first 7 years are crucial because after that the basic personality structure is formed and changes are more difficult to make. Parents have the primary and most important tarbiyat role but our modern socio-economic forces keep parents away from this crucial task for 8-10 daylight hours. The community also has a role because good models in the home and the society are more effective than lectures and admonitions. The school plays a complementary role in tarbiyat. It should enhance and not take over the parental tarbiyat duties. A successful school will aim at a curriculum that ensures joint reading of the 2 books of Allah: kitaab al wahy and kitaab al kawn. The social environment of the school has a bigger impact on the child than the classroom teaching. Both the school and parents must cooperate in making effective use of the time between the end of the school day and the sleeping time because it is often wasted in recreational that can adversely affect the children’s moral development. The final outcome of both parental and school tarbiyat efforts is an adult who knows himself (self-confidence, self-esteem, and bravery), has positive relations with the Creator (‘aqidat and ‘ibadat), has positive relations with the rest of the community (mu’amalaat), and has positive relations with the environment fulfilling the vicegerent role, khilafat, of improving and not degrading the earth. The reality, which is by no way the ideal, is that children spend more time with their teachers than with their parents. We therefore need to pay more attention to the school.

The school should set itself the objective of producing a complete individual, insan kamil, in terms of taqwat, ‘ibadat, personality, character, and behavior. The curriculum should be Qur’an-based i.e. imparting knowledge from the Qur’anic perspective of istiqamat. Qur’an-based learning emphasizes critical thinking, tafakkur; critical observation, tadabbur, and critical analysis, tafaqquh while it rejects blind following, taqliid, and rote learning. The school, as a socializing agent, is a laboratory for reform of the total society. It should exemplify the adab of the teacher which consists of: kindness, sincere advice to the student, humility, being a good example and role model, knowing the characteristics of each student and dealing with him or her as an individual. It should also inculcate the adab of the student: commitment, ikhlas; humility, tawadhu’u; respect for teacher, and applying what is learned. The school curriculum must should emphasize iman; ibadat; ‘amal salih; mu’amalaat; social renewal and reform, islaah & tajdiid; mutual social cooperation, takaful; balance, tawazun; moderation, wasatiyyat; and equilibrium, i’itidaal. Extra-curricular activities should be encouraged such as: essay competitions, art competitions, drama, trips, excursions, camps, songs, sports, practical dawa experiences, amr bi al maruf & nahy ‘an al munkar.
Presented at a fund-raising dinner organized by Seri Al Huda Islamic Primary School Kuala Lumpur on Friday 11th January 2008 by Omar Hasan Kasule MB ChB (MUK), MPH (Harvard), DrPH (Harvard) Professor of Epidemiology and Islamic Medicine University Brunei Darussalam and Visiting Professor of Epidemiology University Malaya. WEB http://omarkasule.tripod.com/ EM omarkasule@yahoo.com